Monday, April 30, 2012

Nur Ruqayyah Abdul Rahman

Dia tidur di dataran merdeka. Kita tidak tahu sama ada dia ada keluarga atau ketidak. Besar kemungkinan dia tidak cukup wang untuk menyewa bilik atau asrama atau rumah atau hotel, lalu dia memutuskan untuk tidur di dataran merdeka. Atau dia memang ada wang, tetapi untuk beberapa malam memilih untuk tidur di dataran merdeka, ingin memperagakan diri kepada seluruh dunia, bahawa dia ada jiwa dan tubuh yang kental. Dia ingin menjerit pada dunia bahawa orang Melayu tidak perlu PTPTN, kerana oraqng Melayu semua sudah kaya boleh sara anak-anak belajar.

Dia menjadikan dirinya tontonan manusia yang ramai. Dia menutup aurat dengan purdah, tetapi dia tidak tutup rasa malu orang Melayu terhadapnya. Dia seolah-olah manusia merempat.

Dia wajar tahu dunia diluar sana adalah dunia durjana. Ada rompakan, ada pembunuhan, ada gejala tidak sihat berluas-luasa. Ada yang kena tembak dijalanraya, ada orang dirompak siang-siang hari, dan jangan lupa ada juga orang ditangkap dijalanraya, dibawa kelain tempat untuk dirogol dan dibunuh. Itu dunia sebenar!

Suatu malam ada orang menyepak kepalanya didataran merdeka. Dia salahkan orang itu.

Kita yakin dia akan datang lagi dengan pakaian purdah, tidur di dataran merdeka seolah seorang jalang, menunggu dan ingin melihat siapa akan menendang kepalanya. Kita kena hormat perjuangannya untuk memansuhkan PTPTN, kerana kita tahu dia belum matang untuk memahami apa jadi kepada rakyat tanpa PTPTN. Tanpa wang ramai tak dapat menyara anak ke tahap pendidikan yang tinggi. Yang ada tanah dan rumah akan jual asset mereka. Yang boleh meminjam bank akan meminjam dari bank.

Kita takut dia tidak sedar bahawa dia adalah keldai tunggangan Anwar Ibrahim.

Mungkin Anwar lupa bagitau, bahawa hanya dengan mendaftar di Permatang Pauh, barulah Nur Rugayyah  boleh memangkah PKR dan Anwar, kemudian menumpang tidur di mahligai Anwar yang besar. Itu pun kalau Azizah benarkan.




Sunday, April 29, 2012

NIK AZIZ NAFI BERSIH 3 ITU KOTOR.

1. Bertitik tolak dari panduan "Bersih itu iman" , terdapat sedikit kewajaran kenapa bersih 3 bukan kotor supaya ia selaras dengan kerahan tenaga rakyat ke Dataran Merdeka apabila Nik Aziz menyebut adalah wajib sertai BERSIH 3.

2. Kita asingkan Bersih yang dikaitkan dengan Iman, supaya kita tidak terpedaya dengan fatwa yang sekarang ini boleh dikeluarkan oleh sesiapa yang dikaitkan dengan PAS.  Bersih 3 adalah percaturan politik untuk tunjuk pada dunia bahawa Malaysia ini jijik, pilihanraya kotor, pemimpin2 kotor, ekonomi negara merudum dan masa depan Malaysia adalah suram dan malang.

3. Yang turun ramai-ramai kita tidak pasti apa tujuan mereka. Kenapa ada yang turun dengan anak-anak kecil, seolah-olah mereka naive menjangka bahawa manusia ini sifatnya sentiasa  santai seperti dalam rumah sambil baca akhbar dan tonton drama korea.  Seolah mereka jahil memahami yang manusia selalunya berubah wajah dalam demonstrasi, sering bertukar jadi ganas, sering polis akan bertindak apabila pendemo langgar kelulusan dan syarat permit demonstrasi.

4. Anwar turun untuk cakap dengan press luar negara. Itu sebenarnya yang dia mahu. Orang putih kata to stay relevant and establishing his candidacy as Prime Minister material. Wajah Anwar masa berbicara dengan media asing tetap serupa dengan wajah pelakon video yang perut buncit dan punai panjang serta besar. Memang ramai orang Melayu wajahnya serupa dengan Anwar.


BERSIH 3: KOTOR

BERSIH 3: GANAS

BERSIH 3: GANAS

BERSIH 3: KETERBUKAAN PAS

BERSIH 3: GANAS

BERSIH 3: TERINGIN NAK PERANG

BERSIH 3: HANYA UNTUK PUBLISITI



Saturday, April 28, 2012

MAT SABU mati shahid!

Sekali lagi fatwa telah dikeluarkan bahawa mati menawan Dataran Merdeka dalam bersih 3 adalah Syahid. Konon kabarnya dari mulut Mat Sabu sendiri waktu membakar semangat bersih 3 jalanan. Lebih awal dari itu, Nik Aziz menyebut menyertai Bersih 3 adalah wajib.

Hari ini sebuah kereta Polis telah diterbalikkan!
Play by play kereta polis dibiayai duit rakyat

bersih 3 ganas

bersih 3 ganas

bersih 3 ganas

bersih 3 ganas


bersih 3: ganas dan shahid kata mat sabu!


Kita tidak tahu kenapa kereta itu perlu diterbalikkan. Mungkin mereka jangka itulah kereta yang akan melanggar Mat Sabu yang sebenarnya ingin mati SHAHID di jalanraya hari ini . Dalam konteks negara berdaulat, mereka yang menjaga keamanan seperti POLIS  itulah wajar digelar mati shahid. Kalau Mat Sabu, Karpal, Anwar, Lim Kit Siang yang mati dijalanraya, kematian mereka wajar dikategorikan sebagai Mati KATAK!


Sekejap lagi kalau nasib baik kita mungkin disajikan dengan foto,
1. Anwar jalan terkengkang-kengkang konon disepak
2. Mat Sabu patah gigi depan konon kena penampar
3. Ambiga jalan telanjang konon kena londeh
4. Nizar tak boleh jalan konon kerkehel lutut
5. Karpal duduk dikaki lima konon kerusi rodanya tercabut tayar
6. LimKit Siang patah hidung konon terlanggar tiang
7. Chikgu Bard patah gigi bawah konon kena lipat maut.
8. Gorbind mati konon terpenyek bawah lori depan mahkamah
9. Lim Guan Eng mati konon belasah oleh Pejuang Melayu Sejati
10. Nik Aziz senyum dari jauh konon dia uzur untuk join kewajipan bersih 3


Yang dimaklumkan semalam Mat Sabu berdiri megah atas kereta membakar pendemo, ajak semua mati SHAHID atas jalanraya......

Yang dimaklumkan Anwar hari ini berdiri depan pemberita luar negara mengesahkan bahawa dia adalah Hero Jalanan dan mahu pilihanraya diadakan dijalanraya bukan di Pusat Mengundi. Dia juga menafikan keterlibatan dalam video, kerana perut dia tak sebuncit itu, bagaimanapun penafian beliau tidak menjurus kearah saiz punai dalam video. Disebelah dia ada Mat Sabu Syahid dan Taiko Lim Kit Siang. Namun wajah Hadi Awang tidak kelihatan........




Wednesday, April 25, 2012

Pelakon P O R N O yang Hadi Awang tidak kenal.


P e l a k o n    P O R N O


1.  Dulu Sanusi Junid ada cerita tentang Anwar waktu awal memimpin badan belia, dijemput ke Amerika untuk pelbagai program kepimpinan . Sanusi juga pernah hadiri program sewaktu memimpin ABIM diperingkat awal. Anak-anak muda dulu dan sekarang tidak berapa sedar bahawa ABIM wujud kerana Sanusi, bukan kerana Anwar. 

2. Sanusi menyebut dia sentiasa bawa isterinya ke program belia di Amerika, oleh itu beliau terhindar dari pelbagai ajakan yang tidak bermoral. Dia tahu, Anwar ke sana selepasnya tidak bawa isteri. Beliau tidak pasti sama ada Anwar termakan ajakan tidak bermoral dari pihak sana. 

3. Mengikut cerita seorang pegawai tinggi polis, pada peringkat awal penangkapan Anwar 2008 dulu, mereka telah pun mempunyai bermacam-macam bukti kegiatan tidak bermoral pemimpin berkenaan. bagi mereka bukti-bukti itu sangat merbahaya kepada pemimpin tinggi, kerana jika polis Malaysia ada bahan itu, polis negara lain juga turut mempunyai bahan kegiatan tidak bermoral yang dilakukan dinegara berkenaan. Dalam prisikan tinggi polis, ada klasifikasi pengkhinat negara, dan juga espionage. 

4. Polis katanya wujud bukan setakat untuk tangkap pencuri motosikal sahaja, malah diperingkat yang tertinggi adalah untuk menjaga kesejahteraan negara dari ancaman anasir luar melalui political dan economical sabotage. Negara didunia katanya sering diperkuda oleh kuasa besar melalui cara ini.

5. Menurutnya lagi, kebanyakan demonstrasi besar-besaran di negara membangun sering dibiayai oleh kuasa besar begini melalui pelbagai NGO yang bertopengkan kebebasan demokrasi. Kos demonstrasi adalah tinggi memakan belanja berjuta.

6. Kebanyakan demonstrasi di dunia bergerak dengan alasan yang asalnya tidak benar, seperti dinegara kita dulu zaman Anwar masih muda sebab ada orang mati kebuluran diBaling. Memang ada orang mati setiap hari di mana-mana kampung dan bandar, tetapi mati kebuluran tidak pernah berlaku dinegara kita. tetapi anak-anak muda percaya waktu itu.

7. Biasanya demonstrasi selepas satu  atau dua hari adalah berkaitan dengan kekasaran pihak polis dalam menangani demonstrasi. Maklumlah mengendalikan ribuan manusia bukan mudah, akan ada yang tercedera, dan ada yang mati serangan jantung. Baru-baru ini pun ada yang meninggal dunia akibat serangan jantung dalam demonstrasi anjuran Taufek Adun Paroi depan JPM mengenai FELDA.

8. Kalau tak kena gaya kawalan keselamatan, demonstrasi selanjutnya selepas minggu pertama adalah tentang balas dendam peserta demonstrasi dengan pihak keselamatan. Isu awal tidak dipedulikan lagi.  Waktu itu demonstrasi ada sifat binatang, sifat manusia sudah hilang.

9. Dinegara besar China dulu, mereka hapuskan amalan demonstrasi di Tianamen Square dengan cara drastik. Keesukan harinya selepas berminggu berkampung dan berdemonstrasi di Tianamen Square, tiba-tiba dataran itu menjadi lengang, tiada lagi aktivis demonstrasi, yang ada adalah kesan darah dan pekerja yang membersihkan "sampah sarap". Ribuan dilaporkan hilang tanpa kesan.

10. Amalan demonstrasi adalah amalan orang gila dan penipu, dan negara besar China sudah jumpa ubatnya suatu masa dulu. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Tian Chua, Adam Adli tentu tahu peristiwa Tianamen Square di negara China. Kalau sudah ada yang merelakan dirinya untuk berkorban dan dikorban, biarkan saja.

11. Dan benarkan juga wanita bernama Nur Ruqayyah Abdul Rahman terus bermalam di dataran merdeka selama mana dia suka, untuk menghayati apa itu erti jalang malam, sundal politik, dan korban sia-sia.

12. Berbalik pada pelakon PORNO, tentu Hadi Awang untuk minggu-minggu  akan datang penat kerana sarat dengan mimpi-mimpi ngeri untuk dilalui. Apa juga tindakan beliau, semuanya nanti tidak kena, baik berdiam diri, baik berkata-kata. Tentu jawapan video kamera itu besi dan tidak boleh jadi bahan bukti, tidak boleh digunakan sepanjang masa.

ini bukan link untuk Hadi Awang klik:

1. Nalla to fight Anwar's lawsuit with video tape
2  Ini bukan dakwaan kosong...Nallakaruppan serah pita video bukti ...
3  Nalla Cukup Konfiden, Serah Video Misteri, Psiko atau Ada Rahsia ...
5  Nalla waiting to reveal all in court | Free Malaysia Today
AISCREAM LA PULAK DRAMA TERBARU ANWAR?
7  Video Shamsidar blowjob al-Kongkek | Anwar Kaki Bontot
8  TERKINI : VIDEO 18SX ICE CREAM ANWAR DAN SHAMSIDAR ...


























Tuesday, April 24, 2012

DEMO di Dataran ramai MATI!!

Berikut ialah gambar-gambar demonstrasi luar negara, yang paling ramai mati dalam satu demonstrasi ialah di negara China waktu peristiwa Tianamen Square Massacre 1989. Lim Kit Siang tentu tahu peristiwa itu sebab dia berbangsa China dan dia juga tahu kerajaan China suatu masa dulu tidak ada pilihan selain melanyak penuntut-penuntut yang bermalam dan berdemonstrasi di Dataran. Mungkin itu saja pilihan yang ada, supaya demokrasi tidak terus jadi bahan sundal di Dataran Tianamen. Dan seluruh rakyat bangsa China tahu dan sedar siapa penaja demonstrasi suatu masa dulu.


Sekarang babak itu mahu diulangi di Dataran Merdeka... Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim dan Mat Sabu sangka 
rakyat Malaysia adalah bodoh dan gila.


CLICK TIAP-TIAP SATU


US: 'Bloody riots must continue in Syria







Tianamen Square 1989















Sering demonstrasi ditaja oleh mereka yang tidak pun ada di jalanraya,
mereka senang hati menghulur dana dan sokongan
semata-mata untuk meraih simpati
dalam perjuangan politik.


Demonstrasi Dataran Merdeka baru-baru ini  telah diziarahi oleh beberapa pemimpin pembangkang, termasuk Anwar Ibrahim dan Mat Sabu. Begitulah selalunya dengan demonstrasi, penaja adalah orang kaya dan berpengaruh dan yang jadi kuda ialah manusia bodoh yang rela menyundal diri sepanjang malam, seolah pengemis bangsat.



akhirnya hanya tangisan
mengiringi kematian.


Sunday, April 22, 2012

Ismail Mina: Kenapa Saya Tinggalkan Anwar?


Oleh NIZAM YATIM
Seorang sahabat lama yang mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak sama-sama menuntut di Universiti Malaya (UM) tidak lagi menyokong beliau kerana Ketua Pembangkang itu dikatakan cenderung kepada fahaman pluralisme agama.
Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, beliau ‘meninggalkan’ Anwar setelah mendapati Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berpegang kepada fahaman yang boleh merosakkan akidah.
“Saya mengambil keputusan meninggalkan beliau kerana fahaman pluralisme boleh membawa kepada kekufuran,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ismail Mina pernah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), bersama-sama Anwar mengasaskan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan turut terlibat membangunkan Yayasan Anda.
Pluralisme agama adalah satu fahaman yang menyamaratakan semua agama yang mana penganutnya mempercayai semua agama adalah benar.
Menurut Ismail Mina, sebab lain beliau bertindak meninggalkan pemimpin itu juga mengamalkan ideologi politik yang tersasar dari perjuangan asal yang berlandaskan kepada amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Dia (Anwar) terutama semasa di luar negara sentiasa menyatakan tidak akan melaksanakan syariat Islam apabila berkuasa.
“Dia juga mengkritik hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno (kerana minum arak) padahal wanita itu reda. Dia pula yang tak nak, sepatutnya kita sokong perempuan itu lagipun enakmen agama Pahang pun membenarkan hal itu, apa yang dia risaukan?
“Inilah dua faktor kenapa saya tinggalkan beliau,” katanya sambil menafikan beliau mempunyai faktor lain seperti tidak mendapat projek kerajaan.
Ditanya mengenai perhimpunan haram ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’, beliau berkata, syariat Islam sangat melarang untuk memperjuangkan seseorang individu.
“Ketika Nabi Muhammad SAW wafat, Saidina Abu Bakar pernah membaca ayat al-Quran bagi mengingatkan para sahabat lain bahawa mereka berjuang bukan kerana individu (Muhammad) tetapi memperjuangkan risalah yang dibawa oleh baginda.
“Memperjuangkan individu adalah salah. Mempertahankan individu yang bukan di dalam kebenaran adalah syirik,” ujarnya.

Saturday, April 21, 2012

RAND Corporation : Kenapa Anwar diiktiraf sebaris kumpulan murtad ?


RAND-Anwar-murtad
RAND Corporation : Anwar Ibrahim, Salman Rushdie, Irshad Manji dan Taslima Nasreen

 Dari egroup AIDC Published by  on June 21, 2010
RAND Corporation, think tank tajaan CFR (Council on Foreign Relation) menerbitkan satu master plan untuk menentang ‘teroris’ Islam pada tahun 2007 dengan cara menyemarakkan kewujudan rangkaian Muslim Moderat di dunia Islam.
Master plan itu dibukukan dan disebar kepada umum, bertajuk “Building Muslim Moderate Networks”. Klik di sini
Ketika master plan ini disiapkan, Anwar masih lagi menetap di Amerika Syarikat, sebagai pensyarah pelawat di Center for Muslim – Christian Understanding (CMCU), Universiti Georgetown, di bawah pengawasan John Esposito, pengarah pusat itu.
Master plan ini dibuat sebagai merealisasikan ucapan Presiden Bush (2002) yang melaungkan slogan“Freedom Agenda” sebagai ‘grand strategy’ untuk ‘Global War on Terorism’
Menurut laporan ini, maksud ‘terorism’ bukan sekadar ditujukan kepada ’pengganas’ atau atau ektrimis atau radikal Islam, tetapi juga ditujukan kepada golongan fundamentalis Islam.
Apa itu fundamentalis Islam ?
Kata fundamentalis sebenar bukan berasal dari kata istilah Islam. Istilah ini berasal dari agama Kristian – Kristian fundamentalis – yang bermaksud penganut Kristian berusaha kembali kepada agama Kristian yang asal (asas) setelah agama itu berpecah-pecah kepada beberapa mazhab.
Oleh kerana tiada istilah yang sepadan dalam kamus Islam, maka pihak Kristian menggambarkan ‘seseorang penganut Islam yang mahu berpaksi kepada asas Islam, akan dilabelnya sebagai fundamentalis Islam’.
Seseorang itu akan dilabel sebagai fundamentalis Islam jika mempercayai dua perkara asas; Pertama pengakuan autoriti Allah dan syariatNYA (yang dibawa oleh RasulNya, Muhamad SAW) dan kedua; menolak pluralisme agama (hanya mempercayai Islam agama benar, semua agama lain tidak benar).
Sekurang-kurangnya terdapat lima pihak yang terlibat dalam menyiapkan draf master plan Muslim Moderate itu;
Pertama, pihak RAND Corporation; Angel Rabasa, Cheryl Benard, Lowell H. Schwartz Peter Sickle .
Kedua pemikir Yahudi; Daniel Pipes, Stephen Schwartz & Michael Whine.
Ketiga, Badan-badan  kerajaan Amerika; Hillel Fradkin (Center on Islam, Democracy & the Future of the Muslim World/ Hudson Institute)Dennis Ross dan Robert Satloff ( The Washington Institute for Near East Policy) Joseph Crapa, Tad Stahnke, Dwight Bashir & Scott Flipse (US Commission on International Religious Freedom) Paul Paul Marshall (Freedom House),  Abdeslam Maghraoui Mona Yacoubian (United States Institute of Peace), Radwan Masmoudi (Center for the Study of Islam & Democracy). Steven Cook(Council on Foreign Relations) dan Keempat, pemikir orientalis; John Esposito (Universiti Georgetown)
Manakala pihak kelima adalah golongan Islam yang terdiri daripada kumpulan moderat/liberal dan murtad. Mereka termasuklah; Anwar Ibrahim (Malaysia), Azyumardi AzraAbdurrahman Wahid (Gus Dur) & Ulil Abshar Abdalla (Indonesia), Amina Rasul-Bernardo (Filipina) dan Suzaina Kadir (Singapura).
RAND Corporation turut menyenaraikan nama-nama kumpulan murtad beserta dengan memorandum mereka yang bertajuk ” Manifesto: Together Facing the New Totalitarianism”. Mereka termasuklah; Ayaan Hirsi Ali, Chahla Chafiq, Irshad Manji, Mehdi Mozaffari, Maryam Namazie, Taslima Nasreen, Salman Rushdie dan Ibn Warraq. Golongan ini juga termasuk dalam kelompok kelima. Klik di sini
Bacaan lanjut, sila baca artikel bertajuk “Strategi Rand Corporation kaderkan Anwar”. Klik di sini
Apa takrif Muslim Moderate ?
Menurut RAND Corporation, pembinaan ‘Muslim Moderate’ atau ‘Muslim Liberal’ bertujuan untuk menentang golongan fundamentalis Islam.
Bermakna ciri Muslim Moderat atau Muslim Liberal adalah bertentangan dengan ciri Muslim fundamentalis.  Pertama, jika muslim fundamentalis patuh dengan autoriti Allah (Al Quran) dan SyariatNya (Rasullullah SAW), maka  muslim Moderat/Liberal akan mempertikaikan autoriti Allah (Al Quran) dan syariat RasulNya (Hadis Nabi Muhamad SAW).
Kedua, jika muslim fundamentalis menolak pluralisme agama, maka muslim moderat/liberal menerima sepenuhnya konsep pluralisme agama dengan menganggap semua agama di dunia ini adalah benar, semua agama adalah sama, tidak ada agama yang lebih tinggi daripada agama lain, semuanya sama rata dan semua agama adalah hak individu, bukannya hak negara.
Anwar Ibrahim menerima gelaran “Muslim Moderat of The Year Award 2005″
daripada CSID, di Amerika Syarikat. Dari kiri Antony Sullivan, (Naib
Pengerusi CSID), Radwan Masmoudi (Presiden CSID), Anwar Ibrahim dan
yang tidak bertudung ialah Asma Afsaruddin (Pengerusi CSID). Semasa
Anwar menerima anugerah ini turut disaksikan oleh Andrew S. Natsios
(USAID), Lorne Craner (IRI) dan Carl Gershman (NED). CSID sebuah
organisasi berpengakalan di Washington DC yang ditaja oleh agensi
Amerika Syarikat yang bermotifkan demokrasi iaitu USAID, NED, IRI dan NDI
 

Memahami pemikiran kontroversi Muslim Moderat, Radwan Masmoudi (Presiden CSID). Pemikiran Radwan adalah cerminan kepada pemikiran Anwar, sebab itu Radwan memilih Anwar sebagai “Tokoh Muslim Moderat 2005″
Jika diteliti dalam master plan RAND Corporation yang menyediakan resipi ‘muslim moderate’, istilah itu diilhamkan oleh pemikir-pemikir Yahudi dan orientalis di Amerika Syarikat (seperti Daniel Pipes & John Esposito) yang berpusat di universiti-universiti Amerika  dan dibantu kewangan oleh badan-badan kerajaan Amerika Syarikat, termasuklah RAND Corporation, Center on Islam, Democracy & the Future of the Muslim World,  Hudson Institute, The Washington Institute for Near East Policy, US Commission on International Religious Freedom, Freedom House, United States Institute of Peace, Center for the Study of Islam & Democracy dan Council on Foreign Relations (CFR)
Tidak dinyatakan peranan CIA, NED dan USAID, kerana ketiga-tiga badan itu sudah beroperasi berselindung di sebalik nama badan-badan yang disenaraikan itu.
Bermakna, jika berdasarkan laporan RAND Corporation ini, semua kelompok Islam yang menentang fundamentalis, sama ada ‘liberal’ atau ‘murtad’, semuanya dikelompokkan dalam satu katogeri iaitu ‘muslim moderate’.
Maka jelaslah ‘muslim moderate’ ini merupakan ‘tentera Islam’ ciptaan Amerika Syarikat, yang dianggap sebagai ‘tentera upahan Islam’ untuk merosakkan Islam dari dalam.
Golongan murtad satu aliran dengan Muslim Moderat/Liberal ?
Jika kita membaca kandungan memorandum kumpulan murtad yang bertajuk “ Manifesto: Together Facing the New Totalitarianism” (bersama menentang penguasaan satu pihak/totalitarianism) kita dapat membuat kesimpulan bahawa tiada bezanya antara kumpulan murtad dan moderat/liberal.
Cuma yang membezakan antara murtad dan moderat/liberal adalah tahap keradikalan tindakannya. Golongan murtad akan mempertikaikan Allah dan Rasul secara terang-terangan, seperti Salman Rushdiedan Irshad Manji (klik di sini), manakala golongan moderat/liberal akan memperlekehkan Islam secara halus, seperti yang dilakukan oleh Abdurrahman Wahid (Gus Dur) dan Anwar Ibrahim (klik di sini)
Jika kita membaca kandungan manifesto kumpulan murtad, musuh mereka adalah ’new totalitarianisme’ merujuk kepada Islamisme yang dikuasai oleh golongan fundamentalis. Bermakna musuh-musuh murtad dan moderat/liberal adalah sama, fundamentalis Islam.
Seterusnya manifesto itu menjelaskan cara untuk menentang totalitarianisme/fundamentalis ini dengan kaedah mempromosikan kebebasan, persamaan taraf (sama rata) dan nilai-nilai sekular untuk semua umat Islam. Ini juga tema perjuangan kumpulan moderat/liberal.
Kata kumpulan murtad; “Kami membela nilai-nilai universalkebebasan bersuara, sehingga jiwa kritis dapat hidup segar, melawan setiap dogma (peraturan agama) dan perlakuan yang tidak adil. Kami menyeru kepada para pencinta demokrasi dan jiwa-jiwa bebas di dunia ini, untuk menjadikan abad ini sebagai abad pencerahan dan bukannya abad kegelapan”. Ini juga merupakan tema perjuangan kumpulan moderat/liberal.
Jadi di mana perbezaan tema perjuangan ‘murtad’ dan ‘moderat/liberal’ ?
Kalau kita teliti, rekod peribadi ‘pejuang-pejuang murtad’ ini, kita dapati kebanyakan mereka mempunyai rekod peribadi yang bertentangan dengan akhlak Islam. Misalnya Salman Rushdie adalah kaki perempuan;Caroline Fourest adalah Presiden Kelab Gay dan Lesbian dan Irshad Manji adalah individu yang mengaku mengamalkan cara hidup lesbian. Semua tokoh-tokoh ini bermasalah di negara masing-masing dan lari menetap di negara Barat.
Bagaimana pula dengan Anwar Ibrahim ? Bukankah beliau pernah dijatuhi hukuman bersalah melakukan perbuatan liwat pada tahun 2000 dan pernah lari ke luar negara, menetap di Amerika Syarikat, sebaik sahaja dibebaskan dari penjara Sungai Buloh ?
Profesor Madya Dr Idris Zakaria dalam kertasnya “Liberalisme dan Pluralisme : Ancaman baru Malaysia” menyebut RAND Corporation adalah salah satu mekanisme Amerika Syarikat yang berfungsi untuk memperkasakan Islam Liberal di dunia Islam. Klik di sini
Di dalam buku terbitan RAND Corporation yang bertajuk “Building Moderate Muslim Networks” pula menyebut nama Anwar Ibrahim sebagai penyumbang idea dalam mempersiapkan buku yang asalnya merupakan satu laporan kertas kerja yang dihantar kepada White House sebagai pelan bertindak untuk menghadapi ancaman terorisme. [klik di sini, lihat muka surat 28]
Selain nama Anwar, turut disebut nama Ahmad Syafii Maarif, bekas Pengerusi Muhammadiyah; Abdul Mu’ti, Pengerusi Pemuda Muhammadiyah Pusat; Azyumardi Azra, Rektor Universiti Islam Negeri; Ulil Abshar Abdalla (foto), moderator Jaringan Islam Liberal (JIL); M Syafi’i Anwar, Pengarah Eksekutif Pusat Islam Antarabangsa & Pluralisme (ICIP); Jusuf Wanandi, Pengerusi Lembaga Pengarah -Pusat Strategik Dan Kajian Antarabangsa (CSIS)/ Presiden The Jakarta Post Daily dan Rizal Sukma Pusat Kajian Strategik Dan Antarabangsa Jakarta.
Kesemua nama-nama yang disenaraikan di atas adalah termasuk tokoh-tokoh Islam Liberal Indonesia.
Bermakna menurut kajian RAND Corporation, “Membina Rangkaian Muslim Moderate” adalah sama dengan “Membina Rangkaian Islam Liberal”.
Istilah”Moderate” sama dengan”Liberal” seperti yang pernah dibahaskan sebelum ini. Klik di sini
Turut disentuh dalam buku itu adalah bagaimana peranan CSID (Center for Study Islam & Democracy) memoderatkan Islam di Timur Tengah [lihat muka surat 150-151]
AnwarCarlCSID
CSID : Dari kiri Dr. Radwan Masmoudi (Presiden CSID), Carl Gershman (Presiden National Endowment for Democracy-NED, berbangsa Yahudi) dan Anwar Ibrahim. Anwar sedang menerangkan kaedah-kaedah terbaik untuk menyebarkan fahaman Islam dan Demokrasi di Timur Tengah dalam
Siri Syarahan Bulanan CSID di Washington DC pada 2 Mac 2006.
Tajuk syarahan Anwar adalah “Democracy in the Muslim World – Priorities and Strategies”


Begitu juga dengan kertas kerja Abdurrahman Wahid (Gus Dur) yang bertajuk “Right Islam vs Wrong Islam”  turut diselitkan sebagai dokumen penulisan dari aktivis Islam moderat Indonesia [ lihat muka surat 185-189]
Tetapi yang lebih mengejutkan RAND Corporation turut menyelitkan satu memorandum golongan murtadbertajuk “Manifesto: Together Facing the New Totalitarianism”.
Golongan murtad itu termasuklah Salman Rushdie, Taslima Nasreen, Ayaan Hirsi Ali, Irshad Manji, Mehdi Mozaffari, Maryam Namazie dan Ibn Warraq [lihat muka surat 198-199]
Salman Rusdie pernah difatwakan “murtad” dan halal darahnya oleh Ayatollah Khomeni kerana melakukan penghinaan terhadap Rasulullah SAW dalam bukunya bertajuk “The Satanic Verses.” Klik di sini
Taslima Nasreen, warganegara Bangladesh difatwakan hukuman mati kerana membuat seruan agar Al Quran wajar diterjemahkan semula. Sekarang Taslima menjadi pelarian dan menetap di Amerika Syarikat dengan menjadi penyelidik di Universiti New York. Klik di sini
Persoalannya adakah golongan murtad juga tergolong sebagai golongan muslim moderat/liberal?
Kalau golongan murtad sama dengan golongan moderat atau liberal seperti yang dikatogerikan oleh RAND Corporation, bererti makna Islam Liberal lebih mudah, iaitu golongan ini setaraf dengan golongan murtad yang difatwakan “hukuman bunuh” oleh kebanyakan dunia Islam..
Berikut merupakan kandungan memorandum golongan murtad sedunia, yang terkandung dalam buku “Building Muslim Moderate Netwoks”, terbitan RAND Corporation;
Manifesto : Bersama-sama menentang Totalitarianisme* baru
*Totalitarianisme merupakan fahaman yang hanya membenarkan kewujudan satu pihak atau parti politik sahaja dalam pemerintahan negara secara total. Sistem ini hampir sama dengan sistem diktator atau negara polis (police state). Klik di sini
Kenyataan memorandum
Setelah berjaya mengalahkan Fasisme, Nazisme dan Stalinisme, dunia kini menghadapi satu lagi ancaman totalitarian global baru : Islamisme.
Kami, penulis, wartawan dan intelektual, menyerukan agar dunia menentang totalitarianisme agama dan mempromosikan kebebasan, persamaan taraf dan nilai-nilai sekular untuk semua.
Kejadian mutakhir ini, khususnya dengan penerbitan gambar kartun yang menghina Nabi Muhamad SAW dalam akhbar-akhbar Eropah, menunjukkan pentingnya nilai-nilai universal ini.
Perjuangan ini tidak boleh dimenangkan dengan senjata, tetapi dapat dikalahkan dengan perang ideologi.
Ini bukan pertembungan peradaban atau antagonisme antara Barat dan Timur, tetapi perjuangan global yang menyaksikan penentangan di antara kaum pencinta demokrasi (kebebasan agama) vs teokrat (pengawalan agama).
Setiap penganut ideologi totalitarianisme, mereka dipupuk oleh rasa takut dan kekecewaan.
Para pendakwah kebencian (baca: pendakwah Islam) memanfaatkan perasaan-perasaan (takut dan kekecewaan) tersebut untuk membangun kekuatan yang dapat memaksa dunia mengekang kebebasan dan menciptakan ketidakadilan.
Tetapi kami menyatakan dengan tegas: Tidak akan ada satu perkara pun yang membenarkan merebaknya kegelapan, totaliterisme dan kebencian.
Islamisme adalah satu ideologi reaksioner(bertindak balas) yang membunuh persamaan taraf, kebebasan dan sekularisme.
Kemenangan Islam hanya akan membawa kepada ketidakadilan dan dominasi: lelaki atas perempuan, fundamentalis (orang berpegang kepada asas agama) ke atas orang lain.
Kita harus memastikan wujudnya hak-hak universal kepada mereka yang ditindas dan didiskriminasi.
Kami menolak prinsip “relativisme budaya” yang menuntut bahawa lelaki dan perempuan dalam budaya Muslim tidak perlu persamaan taraf ataupun sekularisme kerana memang dalam budaya dan tradisi mereka wujud budaya itu.
Kami menolak memadamkan jiwa kritis kami hanya kerana takut dituduh “Islamophobia”, iaitu satu istilah yang menganggap semua kritikan terhadap Islam sebagai satu perkara yang memalukan.
Kami membela nilai-nilai universalkebebasan bersuara, sehingga jiwa kritis dapat hidup segar, melawan setiap dogma (peraturan agama) dan perlakuan yang tidak adil.
Kami menyeru kepada para pencinta demokrasi dan jiwa-jiwa bebas di dunia ini, untuk menjadikan abad ini sebagai abad pencerahan dan bukannya abad kegelapan.
Ditandatangan
oleh :
1. Ayaan Hirsi Ali, berasal dari Somalia dan menetap di Belanda. Dipilih sebagai ahli parlimen Belanda mewakili parti kebebasan dan demokrasi. Sekarang felo di AEI (American Enterprise Institute), Amerika Syarikat. Klik di sini
2. Chahla Chafiq, adalah pejuang hak asasi wanita dari Iran yang telah melarikan diri ke Perancis. Beliau membela Yahudi dan holocaust. Klikdi sini
3. Caroline Fourest, adalah wartawan yang memperjuangkan feminisme, di Perancis yang menulis buku Frere Tariq (Tariq Ramadhan) iaitu himpunan tulisan-tulisan kontroversi Tariq Ramadhan (pendokong Islam Liberal Mesir). Beliau adalah Presiden Pusat Gay dan Lesbian Perancis. Klik di sini
4. Bernard-Henri Lévy, berasal dari keluarga Yahudi di Algeria yang berpindah ke Perancis. Seorang ahli falsafah, intelektual dan wartawan. Klik di sini
5. Irshad Manji, berasal dari Uganda dan berpindah ke Kanada. Beliau mengaku seorang lesbian, pejuang feminisme dan menjadi pengasas dan Presiden Project Ijtihad untuk membangunkan rangkaian reformasi pemikiran muslim dan bukan muslim. Beliau juga merupakan Pengarah Projek Rangsangan Moral di Universiti New York. Klik di sini
6. Mehdi Mozaffari, berasal dari Iran dan melarikan diri ke Geneva selepas kerajaan Shah Iran dijatuhkan. Sekarang pensyarah pelawat di Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Klik di sini
7. Maryam Namazie, berasal dari Iran dan melarikan diri ke Britain. Beliau merupakan pejuang hak asasi manusia dan pengamal media. Beliau merupakan jurucakap Majlis Muslim Murtad di Britain. Klik di sini
8. Taslima Nasreen, berasal dari Bangladesh yang melarikan diri ke Amerika Selatan. Seorang penulis dan penyair yang memperjuangkan secular humanisme, kebebasan berfikir, persamaan hak wanita dan hak asasi manusia. Sekarang menjadi penyelidik di Universiti New York, Amerika Syarikat. Klik di sini
9. Salman Rushdie, berasal dari India yang melarikan diri ke Britain. Seorang penulis novel yang menghina Rasulullah SAW dalam bukunya “The Satanic Verses” (Surah-surah Syaitan). Klik di sini
[Signatories.jpg]
[1] Ayaan Hirsi Ali, [2] Chahla Chafiq, [3]
Caroline Fourest, [4] Bernard-Henri Levy, [5] Irshad Manji, [6] Mehdi
Mozaffari, [7] Maryam Namazie, [8] Taslima Nasreen, [9] Salman Rushdie,
[10] Antoine Sfeir, [11] Philippe Val, [12] Ibn Warraq.
10. Antoine Sfeir, berasal dari Lebanon dan menetap di Perancis. Seorang wartawan dan professor di Universiti Sorbonne. Klik di sini
11. Philippe Val, seorang wartawan dan penyanyi yang berasal dari Perancis. Seorang penyokong Israel dan memuji Israel kerana berusaha melahirkan Muslim Moderat di dunia muslim. Klik di sini
12. Ibn Warraq, berasal dari India/Pakistan ke London dan Perancis. Pengasas Intitut Sekular Masyarakat Islam dan fellow penyelidik di The Center for Inquiry(CFI), Amerika Syarikat yang memfokuskan kajian dengan mengkritik Al Quran. Pernah menulis buku “The Origins of the Quran” pada tahun 1998 dan ”kenapa saya keluar dari Islam”. Klik di sini

Dr Chandra : Turning Point Saya Tinggalkan Anwar…

Dari Seorang ahli akademik, akhirnya Profesor Dr. Chandra Muzaffar membuat keputusan untuk berkecimpung dalam politik. Bermula dari NGO ADIL kemudian bersama-sama membangunkan Parti Keadilan Nasional.
Selepas dua tahun menerajui Parti Keadilan, pada Disember 2001, Dr Chandra membuat keputusan drastik meninggalkan parti yang pernah dibangunkan itu.
Kenapa beliau meninggalkan Parti Keadilan tanpa sebarang alasan ?
“Saya masih ingat lagi salah satu daripada peristiwa yang mengecewakan saya selepas Peristiwa 11 September, dia (Anwar) menulis rencana dalam Times Magazine…. Dan kita sungguh kecewa dengan tulisannya itu. Kerana dia seperti memihak kepada Amerika Syarikat tanpa membangkitkan isu-isu tertentu tentang keadilan global. Seolah-olah dia salahkan orang Islam pada ketika itu…
Tulisan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dimaksudkan Dr Chandra bertajuk ‘Who Hijacked Islam ?”, yang keluar dalam majalah Time pada 15 Oktober 2001. Klik di sini
Dalam rencana itu Anwar menuduh Osama bin Laden dan Mohammed Atta adalah pengganas yang menyebabkan pengeboman World Trade Center (Pusat Dagangan Dunia) di New York dan Jabatan Pertahanan di New York, walhal tiada sebarang bukti yang mengesahkan tuduhannya itu.
Penulis Barat, Peter J. Boyer dalam rencananya bertajuk ” The Believer Paul Wolfowitz defends his war”, The New Yorker, 1 Novermber 2004, [klik di sini] mengakui rencana Anwar di TIME itu telah menarik minat Paul Wolfowitz, seorang zionis yang ketika Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat untuk mendampingi semula dengan Anwar dan selepas Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004, Paul Wolfowitz membawa Anwar menjadi alat missionarinya di Amerika Syarikat.
Anwar menjadi pensyarah di John Hopkins juga bermula dari rencananya di majalah TIME.

Selepas itu bermulalah episod Anwar sebagai Pengerusi Foundation For The Future dan organisasi-organisasi tajaan Amerika Syarikat yang lain.
Ikutilah wawancara AIDC dengan Dr Chandra, pada 30 Jun 2011, di Pejabat JUST, Petaling Jaya.

AIDC : Dalam kenyataan media Prof pada 7 Mac 2008, Prof ada menyebut tentang proses memperdayakan ahli-ahli yang dilakukan dalam PKR iaitu pasukan ‘the knight’, iaitu pahlawan berkuda yang yang membawa keabadian syurga, keadilan dan kesamarataan. Boleh Prof ulaskan maksud tersebut ?
Dr Chandra : Itu sebenarnya frasa-frasa yang saya gunakan kerana kenyataan itu, kalau tak salah dalam bahasa Inggeris, “the knight in shining armour.”

Ada satu frasa yang pada lazimnya digunakan untuk mensifatkan seorang individu yang dianggap sebagai wira oleh masyarakat tertentu atau kelompok tertentu.

Mereka menganggap dia sebagai wira yang akan menyelamatkan mereka.
Jadi, saya kata sebagai jawapan kepada pihak-pihak tertentu yang kritik saya, kerana kenyataan saya tentang Anwar bahawa dia ini adalah malapetaka
Mereka Marah. Ramai marah bila saya kata ada usaha untuk menghidupkan the knight in shining armour dalam parti Keadilan .

Yang marah itu, termasuk individu-individu tertentu, sekarang ini pun sudah keluar daripada PKR. Yang dulu mereka ini hebat marah saya, kritik, hentam saya dan sebagainya. Tapi hari ini mereka semua pun dah keluar.
Saya kata, adalah salah kepada perjuangan kalau kita menganggap Anwar itu sebagai “the knight shining armour,” iaitu wira yang akan menyelamatkan negara ini. Walhal, dia ini manusia yang banyak kelemahan.
Itulah konteks, saya menggunakan frasa itu.

Bermakna, Prof melihat dalam PKR itu sendiri ada proses pemujaan yang menganggap Anwar seperti dewa?
Memang. Cara dia didewakan, dipuja dan sebagainya. Semasa saya dalam parti dulu, saya pernah mengkritik sikap ini.
Saya masih ingat, saya pernah diserang oleh beberapa pemimpin Keadilan. Dan peristiwa yang saya maksudkan itu adalah perkhemahan latihan Pemuda Keadilan latihan di Janda Baik, Pahang yang dirasmikan oleh Dr. Wan Azizah.
Saya dijemput sebagai penceramah untuk mengupas isu-isu kepimpinan. Sifat-sifat yang mesti ada dalam kepimpinan dan apa maksud kepimpinan dalam konteks masyarakat.
Saya membincangkan ini bukan atas sifat saya sebagai Timbalan Presiden parti semata-mata, tetapi saya juga memasukkan idea-idea sains politik. Kerana itu adalah latar belakang saya.
Saya kata, pemujaan terhadap individu itu akan merugikan pergerakan. Kita harus menilai pemimpin-pemimpin secara adil dan kita jangan taksub. Saya gunakan istilah itu, ‘kita jangan taksub dengan pemimpin’
Selepas saya beri ucapan itu, mereka bangun mengkritik saya, apa maksud Dr…, adakah pemimpin utama kita yang dimaksudkan..
Saya (ketika dalam ceramah itu) tak sebut nama pun. Tujuan saya bukan untuk mengkritik Anwar. Hanya untuk kefahaman tentang kepimpinan. Memang itu tujuan saya.
Tidak perlu lah saya sebut nama-nama mereka yang mengkritik saya dulu kerana mereka ini, sekarang sudah keluar PKR dan cukup hebat mengkritik Anwar.

Saya sebagai Timbalan Presiden, memang saya sokong Anwar pada masa itu. Bukan saya nak kritiknya tetapi untuk mempertingkatkan pengetahuan, kefahaman dan sebagainya. Tetapi mereka sudah kritik macam-macam kepada saya.
Saya jawab. Masa itu saya kata, semua pemimpin itu ada kekuatan dan kelemahan termasuk brother kita, dia pun ada kelemahan.
Tetapi, oleh kerana jawapan saya, dianggap seimbang, mereka tak suka, mereka attack. Mereka keluarkan gambar, kalau saudara masih ingat lagi isu itu berlaku pada tahun 2000. Mereka keluarkan di beberapa laman web pro-reformasi. Mereka buat border hitam, dan mereka desak saya letak jawatan.
Saya dan Anuar Tahir (Setiausaha Agung) jadi sasaran. Anuar Tahir atas sebab-sebab lain. Saya kerana ucapan itu. Mereka suruh letak jawatan, kritik hebat.
Selepas, tiga, empat minggu, saya merenung kembali peristiwa itu. Mengapa boleh berlaku begitu ? Sedangkan saya adalah Timbalan Presiden.
Kalau mengikut budaya politik kita, sekiranya saya dijadikan sasaran, diserang dan sebagainya, tak mungkin anggota-anggota lain berani berbuat begitu tanpa restu daripada pihak-pihak tertentu.
Jadi, saya tanya kepada Dr. Wan Azizah. Adakah Dr. Wan Azizah minta mereka attack saya?

Prof tanya direct?

Tanya direct. Saya tanya dia. Dia kata tak. Dan saya percaya bukan dia yang buat ini.
Saya kata pada diri sendiri, mungkin ada ‘seorang’ lagi yang arahkan.

Yang berada di penjara ?
Masa itu, prosiding kes Anwar berjalan (perbicaraan mahkamah). Dari masa ke semasa, saya juga turut hadir sebagai pemerhati.
So, one those occasion, saya tanya dia secara langsung.

Tanya terbuka ?
Terbuka. Masa kita sembanglah. Saya tanya, Anwar..siapa yang buat ini? Ada orang kata you yang merancang ini. Anwar kata ‘Hey takkanlah..macam mana boleh terbongkar ni. (ketawa).
Jadi, saya sudah tahu, dia ini yang merancang, sebenarnya macam-macam dia buat.
Tapi saya sabar. Saya tak berundur pada masa itu. Saya tunggu dan saya cuba ubah dari dalam. Tapi gagal.
Saya nampak dia ini memang susah, sebab itu saya keluar. Dua setengah tahun, saya berada dalam parti Keadilan, lepas itu saya keluar parti.
Bukan kerana soal moral atau peribadi. Itu pun satu daripada faktor. Tapi yang lain.
Hubungan dia dengan kumpulan-kumpulan di luar negara. Apa yang dia lakukan dalam negara dari segi politik, kaum dan sebagainya. Dan sikap dia terhadap ahli-ahli parti, caranya mempermainkan individu-individu tertentu. Dia sokong pihak itu, dan pada masa sama, dia juga sokong pihak lain.
Saya fikir, tak ada manusia macam ini dalam politik negara kita.
Selepas Prof keluar Keadilan, Prof tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan di media?
Pada peringkat awal, kenyataan saya dalam bahasa Inggeris. Saya kata, minta kedua-duanya, Anwar dan isterinya, to be honest their conscious. Minta mereka bersikap ikhlas. Minta mereka dengar suara hati mereka.
Beberapa bulan selepas itu, saya buat kenyataan dalam forum kepimpinan. Saya katakan tentang, opportunist men in politic yang ditafsirkan oleh Azmin Ali dan yang lain, merasakan saya tujukan kepada mereka. Mereka mula attack saya semula.
Ini berlaku pada awal tahu 2002. Saya jawab tapi jawapan saya tak serang mereka.
Apa yang berlaku hari ini dalam PKR, iaitu seorang demi seorang keluar parti dan Anwar hanya mahu menaikkan Azmin Ali. Sebenarnya senario ini sudah berlaku dari dulu dan Prof mengalaminya, adakah ini perkara yang sama?
Ya betul. Betul. Saya pernah mengalami dulu. Pengalaman saya dari tahun 1999 hingga 2001. Lebih ramai yang tak sedar apa yang berlaku. Kalau kita tengok pada ucapan-ucapan Datuk Zahrain ataupun Zulkifli Nordin dan yang lain-lain, tidak begitu berbeza.
Pada akhirnya berpunca daripada Anwar Ibrahim?
Memang Anwar. Punca masalah ini termasuk dalam pemilihan parti, adalah Anwar. Dan itu memang stailnya. Stail suka berjanji kepada individu tertentu dan pada masa yang sama, dia sokong yang lain.
Sebab itu, macam Datuk Zaid Ibrahim yang dulu dianggap sebagai wira. Dapat sokongan daripada Anwar. Lepas itu, dia nampak Anwar tidak menunaikan janjinya, sebab itu dia kecewa.
Jadi, saya nampak itulah masalah Anwar. Dia ini individu yang banyak masalah dari segi karektor. Puncanya karektor. Itu yang menjadi masalah besar.
Pengalaman Prof mengenali Anwar iaitu ketika beliau dipecat dari UMNO dan semasa Prof menyertai Keadilan. Adakah Anwar yang sama Prof kenali?
Bagus soalan itu ya. Beginilah. Saya mengenali Anwar sebagai individu yang pada satu masa dulu ketika sama-sama memperjuangkan isu-isu seperti akta pertubuhan. Kita menentang bersama-sama.

Pada masa itu, dia sebagai Presiden ABIM, saya sebagai Presiden ALIRAN. Dan ada beberapa isu lain tentang masyarakat, hak asasi manusia, kita juga bekerjasama.
Itulah hubungan saya dengan Anwar sebelum dia masuk UMNO.
Sekitar tahun 1970-an?
Tahun 1970-an dan awal 1980-an. Sebelum dia masuk UMNO.
Pada tahun 1982 dia masuk UMNO, hubungan saya pada masa itu lebih mirip kepada isu-isu hak asasi manusia.
Ketaatan dia kepada perjuangan itu tidak dapat dipersoalkan. Dia memang bersungguh-sungguh memperjuangkan isu-isu itu. Kita sokongnya dan dia sokong perjuangan kita.
Selepas dia masuk UMNO, sebenarnya saya tidak ada interaksi dengannya, lama. Mungkin sepuluh tahun tak ada interaksi langsung dengannya.
Tidak bermakna kita jadi musuh. Tetapi tidak ada interaksi. Jadi, saya tidak terlibat dalam kepartian.
Bila dia menjadi Timbalan Perdana Menteri, dia memperkenalkan konsep dialog antara peradaban. Oleh kerana ini adalah satu tema yang rapat dengan hadiri, melalui kawan-kawan tertentu di Pulau Pinang, kita berbincang dan mengaturkan beberapa persidangan.
Apabila Anwar dipecat daripada kabinet dan UMNO, masa itu, saya menganggap diri saya adalah sebagai kawannya. Hubungan kita pun bagus sebagai kawan. Dan saya pun berpindah dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur. Berinteraksi dengannya dan sebagainya.
Soal persahabatan merupakan salah satu daripada faktor yang mendorong saya mengambil stand tertentu sokong dia. Tetapi yang lebih penting adalah apa yang saya anggap pada masa itu adalah sebagai kezaliman yang dilakukan terhadap Anwar.
Dia dibelasah di penjara dan matanya ditumbuk oleh IGP dan sebagainya. Itu yang menjadi isu besar pada masa itu.
Saya bersama-sama dengan Dr. Wan Azizah, tubuhkan NGO ADIL. ADIL sebelum parti KeADILan.
Itulah pada mulanya saya memperjuangkan isu Anwar.
Selepas dua tahun dalam parti itu, saya sudah nampak stail politiknya. Kekotoran politiknya. Cara dia melakukannya benda-benda tertentu yang saya tidak boleh terima. Sebab itulah saya undur.
Isu yang membimbangkan saya tentangnya, saya secara terus-terang membangkitkan kepadanya. Setiap kali dia memberi jawapan tertentu, beri alasan. Termasuk isu moral dan peribadi.
Ada penjelasan?
Ada.
Prof berhujah dengan dia tentang soal moral ini termasuk liwat?
Ya..ya.. Sya terus-terang dengan dia. Saya berhujah dengan dia.
Bila saya dengar isu-isu ini sebelum dibahas di khalayak ramai, saya sudah bincangkan isu-isu ini dengannya. Dia ada dia punya jawapan.
Dia kata, ini memang rekaan, ada musuh-musuh dia nak kenakan dia. Tapi, selepas tiga..empat kali, orang pun mula berfikir. Ini benar ke tidak?
Dari segi politik antarabangsa, saya masih ingat lagi salah satu daripada peristiwa yang mengecewakan saya selepas Peristiwa 11 September, dia menulis rencana dalam Times Magazine.
Dan kita sungguh kecewa dengan tulisannya itu. Kerana dia seperti memihak kepada Amerika Syarikat tanpa membangkitkan isu-isu tertentu tentang keadilan global. Seolah-olah dia salahkan orang Islam pada ketika itu.
Saya bangkitkan perkara ini kerana ramai kawan-kawan pun rasa kecewa dengan artikelnya. Jadi, saya bangkitkan. Dia ada jawapannya.
Dia kata, saya ini berada dalam penjara, saya pun tak tahu apa yang berlaku. Walhal, artikel itu atas namanya.
Prof membangkitkan artikel tersebut?
Perkara ini berlaku pada Oktober 2001. Saya keluar parti pada bulan Disember 2001. Saya keluar selepas tiga bulan selepas peristiwa pendiriannya di Times Magazine.
Dalam artikel itu, saya sudah nampak pendiriannya, kecenderungannya. Saya nampak dia memang sanggup menjadi boneka kepada mereka (zionis).
Juga tentang politik tempatan. Dia selalu berhujah tentang rasuah, politik wang dan sebagainya. Tapi, saya sendiri tahu apa yang berlaku dalam Parti Keadilan. Itulah sebabnya saya membuat keputusan ini. Keluar parti. Saya tahu dalam Parti Keadilan itu ada politik wang. Wujud politik wang.
Dan saya juga tahu dalam soal-soal tertentu tentang perkauman. Kita sebagai Parti Keadilan pada masa itu kritik BN kerana perkauman. Tetapi perkauman juga berlaku dalam parti kita, yang saya maksudkan, cara kita mempermainkan isu-isu perkauman.
Dalam Pilihan Raya Kecil Lunas umpamanya. Keadilan mempermainkan sentimen kaum untuk menang pilihan raya. Jadi, saya nampak Anwar banyak kontrakdiksi.
Itu sebab saya menarik diri.-sumber AIDC

Read more: http://www.pisau.net/2011/07/dr-chandra-turning-point-saya.html#ixzz1sBQMqtps